‘Sila duduk di rumah jika tiada urusan penting’ – Dr. Noor Hisham

0
330

CYBERJAYA – Berikutan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 di dalam negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham memuat naik satu ciapan di akaun Twitter miliknya dan menasihatkan orang ramai supaya duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting.

“Covid-19 telah berada dalam komuniti kita. Sila duduk di rumah jika tiada urusan penting.

“Jika perlu berada di luar, pastikan anda patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM.

“Ramai antara kita yang ambil mudah dan leka hingga menganggap kita telah bebas daripada wabak ini,” kata Dr. Noor Hisham dalam ciapan yang baharu sahaja dimuat naik, sebentar tadi.

Hari ini, negara mencatatkan peningkatan sebanyak 260 kes baharu di seluruh negara, yang mana 259 daripadanya adalah akibat penularan tempatan, dengan satu sahaja kes import.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 118 kes baharu, diikuti Kedah dengan 98 kes.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di dalam negara kepada 11,484 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here