
CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan satu sindiket penipuan yang menggunakan logo agensi itu bagi menipu mangsa mereka.
LHDN dalam satu kenyataan berkata, modus operandi terbaru sindiket itu adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai
cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDN.
Pada masa sama, katanya, sindiket itu turut menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain bagi memperdaya mangsa.
“Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap
panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan.
“Sila lakukan pengesahan dengan LHDN serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu,” katanya hari ini.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh menghubungi LHDN melalui HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
Selain itu, orang ramai juga boleh berhubung melalui media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook, https://www.facebook.com/LHDNM dan Twitter, https://twitter.com/LHDNMofficial.-MT