Solat Jumaat dan solat fardu dibenarkan, perlu patuh SOP

0
310
Dr. Zulkifli

CYBERJAYA – Solat Jumaat dan solat fardu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan di Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, SOP yang dibentangkan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagi solat Jumaat, diperkenankan solat Jumaat tidak melebihi 50 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.

“Manakala bagi solat fardhu, diperkenankan tidak melebihi 20 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah,” kata Dr. Zulkifli dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Berkenaan kehadiran jemaah solat tersebut, Dr. Zulkifli berkata, para jemaah akan ditentukan oleh jawatankuasa kariah masjid dan surau melalui jemputan atau kaedah terbaik yang diputuskan bersesuaian di bawah kariah masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here