Sultan Selangor bimbang kenaikan kes Covid-19 di seluruh negara

0
111
Sultan Sharafuddin Idris Shah

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menzahirkan perasaan bimbang dengan peningkatan mendadak kes-kes baharu Covid-19 di seluruh negara khususnya di Selangor.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah, agar sekalian rakyat terus waspada dan tidak mengambil mudah kesemua amalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini termasuk mengekalkan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter apabila berada di tempat awam, sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah serta menggunakan pencuci tangan dan menjaga kebersihan diri,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, mana-mana individu yang mempunyai gejala atau baru pulang dari kawasan-kawasan berisiko agar segera melakukan ujian saringan di hospital, seterusnya patuh dengan arahan kuarantin wajib

Baginda turut menasihatkan kepada rakyat Selangor khususnya yang berkepadatan 6.5 juta penduduk, agar duduk di rumah dan tidak keluar ke lokasi-lokasi sesak, atau pun berada di tempat awam jika tiada keperluan.

Titah baginda, berdasarkan statistik terbaharu, daerah-daerah di Selangor yang kembali merekodkan kes positif Covid-19 adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Berikutan itu, baginda mengingatkan setiap individu daripada semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan bagi memutuskan rantaian Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here