Taman tema Walt Disney hentikan 28,000 pekerja

0
277

MOSCOW – Sebanyak 28,000 pekerja syarikat taman tema dan resort Walt Disney bakal diberhentikan kesan daripada penularan Covid-19.

Pengerusi Taman Tema Disney, Josh D’Amaro berkata, pemberhentian akan melibatkan
Kira-kira 67 peratus pekerja sambilan.

“Keputusan mengurangkan tenaga kerja kami di segmen Taman Tema ini sesuatu yang sukar dilakukan.

“Kami bercakap dengan pekerja yang terjejas dan juga kesatuan sekerja mengenai langkah-langkah seterusnya untuk para yang diwakili kesatuan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Sputnik.

Kenyataan itu menyebut keputusan itu dibuat, antara lain, kerana keengganan pihak berkuasa California untuk menarik sekatan Covid-19 yang akan membolehkan Disneyland dibuka semula.

Pada awal Ogos, syarikat itu mendedahkan ia kerugian AS$4.7 bilion pada suku ketiga tahun kewangan disebabkan kesan pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here