Tempoh PKPB wajar disambung lagi

0
190
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Selangor yang akan tamat minggu hadapan, wajar dilanjutkan.

Menurut Astro Awani, pandangan tersebut dikemukakan oleh Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman yang mencadangkan PKPB tersebut dilanjutkan antara dua hingga empat minggu.

Untuk rekod, PKPB bagi negeri Sabah akan berakhir pada 26 Oktober manakala tiga negeri di Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor) akan berakhir pada 27 Oktober.

Dr. Malina dipetik sebagai berkata, kewajaran pelanjutan ini adalah kerana negeri-negeri tersebut masih menunjukkan pola peningkatan kes Covid-19.

“Sebagai contoh Sabah dan Selangor, kes aktif menujukkan peningkatan. Jadi saya mengesyorkan untuk disambung lagi,” kata Dr. Malina dalam temubual tersebut.

Beliau menambah, pelanjutan PKPB juga boleh memastikan kerajaan mengambil tindakan bersesuaian dan langkah pantas untuk membendung penularan yang lebih meluas lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here