TH tolak bukan Islam sebagai Pengurus Besar Hotel Movenpick

0
4156
Surat pelantikan seorang bukan Islam dilatik sebagai Pengurus Besar Hotel Movenpick yang tular dalam media sosial

CYBERJAYA – Cadangan untuk melantik seorang profesional bukan Islam sebagai pengurus besar sebuah hotel milik Tabung Haji (TH) telah ditolak selepas dibawa ke dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah TH pada 1 Oktober lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, dengan penolakan itu tidak berbangkit lagi soal pelantikan seorang bukan Islam ke jawatan tersebut.

“Saya ingin menjelaskan secara tuntas dan muktamad bahawa tidak berlaku pelantikan pengurus besar bukan Islam tersebut sebagaimana dakwaan dan kegusaran sesetengah pihak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahmad Marzuk Shaary

Kelmarin tular satu surat mengenai pelantikan seorang bukan Islam sebagai Pengurus Besar Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA
iaitu sebuah hotel milik penuh Tabung Haji Hotel & Residence Sdn Bhd yang diuruskan oleh THV Management Services Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, berikutan itu pihak TH telah diminta untuk mengemukakan semula calon baharu untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Beliau berkata, calon baharu itu mesti seorang Muslim dan menepati misi dan roh institusi pelaburan umat Islam itu.

“Saya memberi jaminan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), keutamaan bukan sahaja bagi memulihkan prestasi kewangan TH tetapi juga memastikan segala urus tadbir yang melibatkan institusi ini terjamin dari sudut kepatuhan syariah dan sensitiviti umat Islam,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here