The Red Warriors tampil logo baharu yang lebih garang

0
351
Logo baharu TRW

CYBERJAYA – Pasukan bola sepak Kelantan, Kelantan Football Club tampil dengan logo baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut pemilik baharu pasukan The Red Warriors FC Berhad (TRW FC), Norizam Tukiman, logo baharu itu dipilih melalui pertandingan mencipta logo untuk pasukan tersebut baru-baru ini.

“Daripada ratusan yang hantar, saya telah memilih logo hasil Muhammad Afiff Hakimi Anuar. Design sudah menarik hati tetapi logo kijang sahaja berbeza,” katanya dalam laman Facebook The Red Warriors hari ini.

Beliau berkata, beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap logo asal dengan mengubah wajah kijang supaya lebih tegas dan garang.

“Warna merah latar belakang logo ini ialah warna semangat berani berjuang hingga ke minit terakhir perlawanan.

“Bintang dua melambangkan perpaduan kuat di antara penyokong dan pasukan TRW manakala bulatan emas menandakan betapa berharganya pasukan TRW Kelantan FC bagi membawa pasukan kita ke peringkat lebih tinggi baik dari pengurusan dan kualiti permainan.

“Maksud 11 palang pula adalah melambangkan 11 jajahan di seluruh Kelantan yang bakal melahirkan pemain bola yang berkualiti, berdisplin dan hebat,” katanya.

Mengulas lanjut, Norizam berkata, logo adalah lambang pasukan manakala semangat adalah isi kekuatan kemenangan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here