Tiada total lock down buat masa ini – Perdana Menteri

0
248
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Khas hari ini

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lock down di seluruh negara buat masa ini kerana ia akan memberi kesan teruk kepada ekonomi dan sosial negara.

Perdana Menteri berkata, berikutan itu, pihaknya akan melaksanakan PKP Secara Bersasar di kawasan tertentu.

“Kerajaan tidak fikir akan buat total lock down kerana boleh bawa kesan besar pada sistem ekonomi dan sosial negara.

“Langkah yang akan diambil kerajaan ialah dengan melaksanakan PKP Bersasar di kawasan yang dikenal pasti,” katanya dalam Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, langkah itu juga diambil selepas kerajaan memikirkan nasib 15 juta rakyat yang perlu keluar bekerja.

Mengulas mengenai penutupan sekolah, katanya, buat masa ini hanya sekolah di kawasan zon merah akan ditutup.

Bagaimanapun, katanya, jika terdapat keperluan untuk menutup sekolah, Kementerian Pendidikan akan berbincang bersama Kementerian Kesihatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here