[VIDEO] Tren tergelincir: Penumpang dan kru KTMB selamat

0
226
Kemalangan melibatkan keretapi KTMB berhampiran Stesen Genung dekat Segamat, Johor, awal pagi tadi. Foto : FB KTMB

SEGAMAT – Kesemua 10 penumpang dan kru keretapi yang tergelincir berhampiran Stesen Genung dekat sini awal pagi tadi selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata, kemalangan pada pukul 2.40 pagi itu berlaku dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral.

Tren tergelincir: Penumpang dan kru KTMB selamat

“Kemalangan melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif itu berlaku di Kilomter 595, kira-kira 5 km sebelum stesen.

“Landasan utama masih boleh digunakan dan tidak menghalang perkhidmatan tren lain lain,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan sedikit kelewatan di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru ekoran tren yang melalui kawasan itu perlu memperlahankan kelajuan.

Beliau berkata, siasatan terperinci telah dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu pihak KTMB, memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kami telah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral,” tambahnya lagi.

Kemalangan melibatkan keretapi KTMB berhampiran Stesen Genung dekat Segamat, Johor, awal pagi tadi. Foto : FB KTMB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here