Tunku Azizah kongsi gambar singa

0
11659
Ilustrasi yang dikongsikan Tunku Azizah Aminah dalam Instagramnya semalam.

CYBERJAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam berkongsikan sekeping gambar singa yang seakan-akan menyampaikan mesej pengorbanan seorang raja dalam pentadbiran negara.

Perkongsian gambar tanpa kapsyen melalui akaun Instagram airtangan_tunkuazizah itu dibuat beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan untuk tidak mengisytiharkan keadaan darurat di negara ini.

Gambar yang dikongsi kepada lebih 908,000 pengikutnya itu menunjukkan seekor singa yang memakai mahkota tampil ‘sempurna’ di khalayak umum sambil melindungi pelbagai tikaman di bahagian belakangnya.

Pada ilustrasi itu tertulis ungkapan “A King Isn’t Born, He is Made” yang boleh diterjemahkan sebagai ‘Seorang Raja Tidak Hanya Dilahirkan Tetapi Mempunyai Pertimbangan Sendiri’.

Sehingga berita ini ditulis, perkongsian Tuanku itu mendapat lebih 57,000 tanda suka. 

Rakyat menyifatkan perkongsian itu sebagai mesej yang ‘mendalam’ di kala para pemimpin negara membuat keputusan demi keputusan ‘luar biasa’ pada ketika ini.

Dalam pada itu, rakyat memuji keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permintaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddi Yassin mengisytiharkan darurat dan menitahkan pemimpin memberi tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here