UMNO sokong semula PN, mahu gencatan politik dilakukan

0
161
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Selepas beberapa minggu situasi politik negara berada dalam keadaan tidak menentu, UMNO hari ini mengambil pendirian untuk melakukan gencatan politik dan mendokong semula kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu diambil bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dapat dilakukan dan bagi membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi.

“Berikutan itu, UMNO akan mendokong kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

“Semua kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet ketika ini juga diarahkan untuk memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sehubungan itu, kerjasama antara semua parti dalam PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara.

Pada 13 Oktober lalu biro politik UMNO mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan PN.

Pada masa sama, UMNO turut menetapkan syarat baharu dengan menggesa supaya satu perjanjian baharu dimeterai bagi meneruskan kerjasama tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here