UMNO tarik diri daripada kerajaan PN

0
1476
Gambar hiasan

CYBERJAYA – UMNO memutuskan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan mahu kerjasama politik itu dikaji semula dengan memberikan syarat baharu.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, syarat baharu itu akan dibuat secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Berikutan itu, katanya, UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) supaya MN didaftarkan segera sebagai parti politik yang sah.

“UMNO akan terus berjuang demi kepentingan rakyat untuk memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“UMNO berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti dipertingkatkan.

“Sebarang keputusan yang UMNO lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, UMNO mengadakan Mesyuarat Biro Politik dengan dipengerusikan oleh
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here