Ustaz Ebit hantar 2 lori air bantu penduduk terputus bekalan air

0
230
Ustaz Ebit (dua dari kanan) membantu penduduk mengisi air

CYBERJAYA – Prihatin dengan nasib pengguna yang terputus bekalan air sejak beberapa hari lalu, pendakwah terkenal, Ebit Lew membeli air dua lori untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves, Selangor.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit berkata, lori berkenaan dihantar pada pukul 10 malam semalam ke kawasan berkenaan.

“Sayu hati rasa Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di kawasan pinggiran Batu Caves.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air, saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana sekitar projek perumahan rakyat (PPRT).

“Ya Allah, sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Salah sebuah lori air yang dihantar Ustaz Ebit

Menurut Ustaz Ebit, beliau terharu melihat kerjasama semua pihak yang turut membantu mengagihkan bekalan air tersebut.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya, ramai yang muda bantu yang tua.

“Pengerusi flat dan ahli jawatankuasa (AJK) semua kuat membantu bersama AJJ surau. Ya Allah, bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” ujarnya.

Orang ramai beratur mengambil air

Sejak semalam, lebih sejuta pengguna mengalami gangguan bekalan air selepas Sungai Selangor tercemar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here