UUM tangguh kemasukan penuntut dari Sabah dan zon merah di negeri lain

0
162


CYBERJAYA- Universiti Utara Malaysia (UUM) meminta penuntutnya dari Sabah dan zon merah di negeri lain untuk menangguhkan perjalanan pulang ke kampus universiti berkenaan.


Timbalan Naib Canselornya, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, arahan berkenaan juga termasuk untuk pelajar baharu yang dijadualkan memulakan pengajian mereka pada hujung bulan ini.

Dr. Hendrik berkata, langkah berkenaan diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 di beberapa buah negeri sejak kebelakangan ini.

“Perkara tersebht diputuskan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Universiti. perjalanan tersebut berkuat kuasa serta-merta hingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu diambil selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini yang menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan secara bersemuka bagi penuntut dari zon merah.

“Pihak kami prihatin dan amat cakna dengan risiko keselamatan pelajar,” ujarnya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Penginapan Pelajar di talian 04-9284154 atau 04-9284184 serta Pejabat Dekan Hal Ehwal Pelajar UUMdi talian 04-9284010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here