van Dijk berazam kembali secepat mungkin

0
35
Insiden terjahan Pickford ke atas van Dijk yang menyebabkan pemain Liperpool itu mengalami kecederaan serius pada ligamen lututnya, Sabtu lalu. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk bertekad akan kembali ‘dengan lebih baik’ apabila pulih daripada kecederaannya nanti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, tadi.

“Saya sekarang sedang memberikan fokus sepenuhnya untuk pulih kembali, dan akan melakukan apa yang termampu untuk kembali beraksi secepat mungkin.

“Walaupun kecewa, saya yakin dalam setiap kesusahan adanya peluang dan dengan pertolongan tuhan saya akan pastikan saya akan kembali dengan lebih baik dan lebih sihat daripada sebelumnya,” kata kenyataan itu.

Menurut kelab Liverpool, pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian ligamen lututnya setelah berlanggar dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford dalam perlawanan Sabtu lepas.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Pasukan yang merawat van Dijk belum memberikan sebarang jangkamasa bila pemain tersebut akan pulih namun pihak kelab tidak menolak kemungkinan pemain tersebut terpaksa menggantung kasutnya sepanjang musim ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here