[VIDEO] Pewaris keempat takhta Brunei mangkat

0
4432

CYBERJAYA – Pewaris keempat takhta kerajaan Brunei, Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim mangkat pada pukul 10.08 pagi hari ini.

Berita kemangkatan itu dimaklumkan oleh pihak Istana Brunei dalam satu kenyataan hari ini.

Announcement of passing of HRH Prince Abdul Azim of Brunei

Menurut kenyataan itu, baginda merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wad’daulah dan Hajah Mariam Abdul Aziz.

Baginda yang berusia 38 tahun mangkat akibat penyakit barah hati.

Kata kenyataan itu lagi, jenazah baginda akan dikebumikan di Kubah Makam Diraja selepas waktu solat Asar, hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here