Waktu operasi perniagaan di Sabah dihadkan

0
161
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan akan menghadkan waktu operasi perniagaan di seluruh Sabah termasuk empat daerah di negeri itu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) sepanjang Kawalan Rentas Daerah berkuat kuasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh kawalan itu dilaksanakan semua restoran, kedai, gerai makan, kedai runcit, dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga 8 malam.

Beliau berkata, waktu operasi untuk stesen minyak juga ditetapkan antara 6 pagi hingga 8 malam.

“Operasi pasar harian bermula 6 pagi hingga 2 petang manakala pasar malam, pasar tani, tamu dan pasar borong dibenarkan
beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, bagi perkhidmatan teksi dan E-hailing, kerajaan membenarkan ia beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

Katanya, perkhidmatan penghantaran makanan juga dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi sehingga 8 malam.

Beliau berkata, sebarang perincian SOP berkaitan boleh, orang ramai boleh merujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here