Wanita warga emas sembuh Covid-19 maut jatuh dari Hospital Queen Elizabeth

0
270
Mayat wanita warga emas yang dipercayai jatuh dari tingkat lapan HQE, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Seorang pesakit warga emas yang baru sahaja pulih daripada Covid-19 ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat lapan Hospital Queen Elizabeth (HQE) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.15 malam oleh kakitangan hospital sebelum bertindak menghubungi polis.

Beliau berkata, wanita yang berasal dari Keningau itu dimasukkan ke hospital pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19 dan sepatutnya dibenarkan keluar dari hospital

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati mangsa maut di tempat kejadian selepas jatuh dari tingkat lapan bangunan hospital.

“Buat masa ini ahli keluarga wanita ini masih belum mengetahui berita ini kerana tidak dapat dihubungi,” katanya.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mengenali wanita dari Keningau diminta berhubung terus dengan pihak polis,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa dan kejadian untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here