Warga Klang terlibat PKPB perlu mohon kebenaran keluar kawasan

0
329
Gambar hiasan

KLANG – Warga Klang yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan terlibat dengan sekatan jalan raya perlu mendapatkan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk keluar kawasan bagi tujuan bekerja atau urusan penting yang lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, orang ramai yang terlibat dengan sekatan jalan terutamanya di Bayu Perdana, Sri Andalas serta Bukit Tinggi dalam mukim Klang boleh memuat turun borang kebenaran menerusi laman Facebook Polis Daerah Klang Selatan.

“Pihak polis turut menyediakan sebuah balai polis bergerak di kawasan berkenaan untuk mengendalikan permohonan agar orang ramai tidak bersesak di balai polis berdekatan.

“Selain itu, mereka juga perlu mengemukakan borang daripada majikan untuk tujuan tersebut.

“Setiap permohonan, kami akan pertimbangkan sama ada ia merupakan perkhidmatan perlu atau tidak sebelum kebenaran diberi,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan yang dikenakan PKPB di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli.

Noor Azam berkata, pihaknya berharap masyarakat di kawasan berkenaan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB selama 14 hari di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Oktober ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here