Seorang lagi mangsa tampil dakwa dirogol pendakwah selebriti

0
312
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

CYBERJAYA – Tuduhan rogol membabitkan seorang pendakwah selebriti memasuki episod baharu apabila seorang lagi mangsa tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa merupakan seorang gadis yang juga penuntut kolej tempatan.

Beliau berkata, polis menerima aduan daripada mangsa yang berunur 22 tahun itu pada pukul 3.51 petang semalam.

“Mangsa yang masih menuntut di kolej tempatan mendakwa dirinya telah dicabul oleh seorang lelaki warganegara tempatan berumur 25 tahun ‘public figure'(disyaki pendakwah muda).

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu (Ahad) sekitar pukul 1 pagi semasa dipelawa suspek ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana untuk mengajar mangsa ilmu pemasaran perniagaan.

“Semasa berada di rumah suspek, mangsa telah dicabul oleh suspek dan dipaksa untuk melakukan seks oral,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, rentetan kejadian itu mangsa mendakwa telah mengalami trauma kuat dan kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Katanya, suspek masih ditahan oleh polis berkenaan satu lagi kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bersabit laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam sehingga 1 Disember ini.

Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee pada 27 November lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here