28 kilang Top Glove ditutup secara berperingkat

0
85

CYBERJAYA- Sebanyak 28 kilang Top Glove di Kapar, Selangor akan ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan proses kuarantin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil kerana kerana terdapat peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kilang berkenaan.

“Sebanyak 1,067 kes dilaporkan di kawasan itu hari ini dan pelaksanaannya akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban selama 14 hari bermula esok sehingga 7 Disember ini.

“Ia akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here