3 maut, 15 cedera dalam serangan pengganas di Vienna

0
476
Seorang penyerang bersenjata menembak seorang orang awam di sebatang jalan di Vienna

VIENNA – Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 15 orang cedera parah dalam beberapa siri serangan yang dipercayai dilakukan oleh pengganas di Vienna, Austria lewat malam semalam.

Menurut laporan Daily Mail, dalam kejadian di enam lokasi berbeza itu, penyerang melakukan serangan pada hari terakhir sebelum kerajaan Austria melaksanakan perintah berkurung atau lockdown di bandar tersebut bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan itu, serangan pertama berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan di kawasan berhampiran rumah ibadat Yahudi.

Dalam kejadian itu juga, seorang penyerang ditembak mati oleh polis manakala seorang anggota polis cedera parah.

Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig berkata, sebanyak 15 mangsa dibawa ke hospital dengan tujuh daripadanya mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, dalam satu rakaman video yanh tular di media sosial hari ini berkaitan insiden itu menunjukkan seorang lelaki yang bersenjatakan senapang menembak seorang lelaki di sebatang jalan di Vienna.

Video berdurasi 38 saat itu tersebar selepas beberapa jam insiden serangan di Vienna itu berlaku.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here