519 individu ditahan ingkar PKPP semalam

0
68
Ismmail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sebanyak 519 individu ditahan semalam atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 206 individu ditahan atas kesalahan penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka (126) dan tidak menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (67).

Katanya, kesalahan lain termasuk 23 kes premis yang beroperasi dengan lebih masa, aktiviti pusat hiburan (9) dan lain-lain (88).

“Daripada jumlah yang ditahan, sebanyal 511 individu dikompaun, 4 direman dan selebihnya dijamin,” katanya dalam kenyataan berkaitan PKPP hari ini.

Sememtara itu, sebanyak 298 sekatan jalan raya Operasi Bentung dilakukan semalam melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

“Dalam Operasi Benteng, kita turut menahan 6 pendatang asing dengan 3 kenderaan turut dirampas,” katanya

Sementara itu, sejak 24 Julai hingga semalam, 62,490 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua mereka ditempatkan di 67 hotel dan 20 premis lain termasuk institut latihan awam dan institusi pengajian swasta.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 9,315 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 orang dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 52,791 individu lagi telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, beliau berkata secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here