ADUN Bugaya meninggal dunia

0
337
Allahyarham Manis Muka (kiri) bergambar bersama anaknya Fara Deeba Sabardin

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya daripada parti Warisan, Manis Muka Mohd. Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleaneagles, Kota Kinabalu, Sabah tengah hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Warisan, Junz Wong dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Wong, Allahyarham antara pengasas awal parti tersebut.

Difahamkan, Manis Muka dimasukkan ke ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut semalam akibat menghidap penyakit buah pinggang.

Dalam pilihan raya negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada September lalu, Manis Muka berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Beliau berjaya mengalahkan enam calon lain termasuk calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Daud Tampokong yang hanya mendapat 2,552 undi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here