Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

0
266
Allahyarham Datuk Hasbullah Osman

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung, di sebuah hospital di Raub, Pahang hari ini.

Difahamkan, Hasbullah yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang pukul 6.45 petang tadi selepas tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan ke Lipis.

Allahyarham kemudiannya terus dibawa ke sebuah klinik, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raub.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Bahagian UMNO Gerik itu dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

“Terima berita sedih mengenai pemergian sahabat saya, Datuk Hasbullah Osman.

“Amat mengejutkan kerana Allahyarham sangat aktif dengan tugasannya sebagai ahli Parlimen Gerik dan juga Ketua Bahagian UMNO Gerik.

‘Sering kali kita dapat pendapat dan ulasan mengenai isu semasa daripadanya dan juga program mesra rakyat bersama penduduk kawasan Gerik,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here