Amaran cuaca waspada di 6 negeri ditamatkan

0
150
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran cuaca waspada atau kuning di enam negeri selepas keadaan cuaca yang bertambah baik.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon, negeri yang terlibat ialah Pelis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Amaran cuaca waspada yang dikemaskini pada 11.50 pagi semalam turut membabitkan lapan kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling; selain Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak serta Kuantan, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web atau laman media sosial rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, atau hubungi talian hotline 1-300-22-1638 untuk pertanyaan lanjut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here