Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

0
943
Gambar hiasan

PADANG BESAR – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand maut manakal seorang lagi cedera parah akibat ditembak, pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, mangsa yang maut, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39.

Memetik laporan Harian Metro, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital sama.

Difahamkan keadaan mangsa dilaporkan kritikal.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi akhbar tersebut, mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan memberi maklumat lanjut selepas selepas siasatan.

Berita lanjut akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here