Anggota trafik cedera khemah runtuh dalam hujan lebat

0
569
Koperal Nazmi Abdullah berlumuran darah di kepala selepas khemah SJR PKPB runtuh akibat hujan lebat

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur cedera di kepala selepas khemah sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) runtuh dilanda hujan lebat di Plaza Tol Duta, di sini, petang tadi.

Menurut JSPT dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, mangsa, Koperal Nazmi Abdullah yang diselamatkan oleh rakan-rakannya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Beliau kini masih ditempatkan di Wad Kecemasan Zon Kuning, Hospital Kuala Lumpur,” katanya hari ini.

Keadaan khemas SJR yang runtuh

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendoakan agar Koperal Nazmi dikurniakan semula kesembuhan dan terus dikuatkan semangat untuk kembali berkhidmat kepada negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here