ATM gagalkan cubaan PATI bolosi sempadan negara

0
365
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada membolosi sempadan negara untuk pulang ke negara asal mereka, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, insiden tersebut berlaku di kawasan Teluk Ramunia, Bandar Penawar yang menjadi kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

GAMBAR IHSAN ATM

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melaksanakan pengawasan, anggota Pos Pemerhati mengesahkan terdapat pergerakan masuk bot yang mencurigakan menghala ke pesisir pantai.

“Susulan itu, pasukan tindakcepat (QRF) yang digerakkan telah berjaya menahan 25 PATI warga Indonesia yang dipercayai sedang menunggu untuk keluar dari negara ini menggunakan laluan yang tidak sah,” kata kenyataan itu.

Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 21 hingga 43 tahun.

Pihak ATM turut merampas sejumlah wang tunai dan pelbagai barangan lain dengan nilai anggaran keseluruhan RM78,846.94.

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Tim QRF terus diatur gerak di kawasan tersebut bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here