Australia rekod sifar kes covid-19

0
191
Gambar hiasan.

AUSTRALIA – Kerajaan negara ini buat pertama kalinya dalam tempoh lima bulan mengumumkan sifar kes positif Covid-19 sejak Jun lalu.

Catatan sifar kes itu direkodkan bagi tempoh 24 jam pada Jumaat hingga Sabtu lalu.

Australia mencatatkan sekitar 27,500 jangkitan dengan 900 kematian akibat Covid-19 sejak penularan wabak itu bermula. Angka yang jauh lebih kecil berbanding negara-negara lain.

Kejayaan negara yang mempunyai kira-kira 25 juta penduduk itu itu adalah hasil pelaksanaan lockdown yang merupakan antara terketat di dunia dan ujian saringan secara proaktif.

Ekoran itu, pegawai kesihatan dijangka akan mula mengurangkan sekatan pergerakan dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua pekerja kesihatan dan kesihatan awam kami yang luar biasa dan di atas semua rakyat Australia,” kata Menteri Kesihatan Greg Hunt di akaun Twitternya.

Sementara itu di Victoria, pihak berkuasa merekodkan dua hari berturut-turut tanpa kes baharu di bandar yang mempunyai kira-kira enam juta penduduk itu.

Victoria yang sebelum ini menjadi pusat penularan wabak Covid-19 di Australia melaksanakan 112 hari perintah kawalan pergerakan dalam usaha membendung wabak itu.

Perdana Menteri Victoria, Daniel Andrews memuji enam juta penduduk negerinya kerana mematuhi peraturan ketat dan menjanjikan sambutan Krismas yang lebih ‘normal’.

Pihak berkuasa bertugas semasa tempoh lockdown paling ketat dilaksanakan di Australia sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here