Bayaran RM500 sebulan tidak beri impak pada penerima – Najib Razak

0
5562
Najib Razak

CYBERJAYA – Kerajaan perlu mengkaji semula keputusan membenarkan pengeluaran simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan kepada pengeluaran RM10,000 secara one-off.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tawaran pengeluaran wang KWSP untuk mereka yang kehilangan pekerjaan itu (sahaja) perlu ditambah baik dengan mekanisme yang lebih berkesan.

““Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ia tidak memenuhi keperluan dan kehendak ramai?

“Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu dibantu?

“Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja, tetapi pendapatan bulanan mereka turun mendadak sebab elaun kerja lebih masa, komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dipotong majikan?” katanya menerusi catatan dalam Facebook, hari ini.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu lagi, pembayaran secara one-off sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1 amat diperlukan ketika ini untuk mengurangkan beban dan tekanan ekonomi.

Beliau berkata, melalui pembayaran sekaligus itu, penerima boleh memanfaatkan untuk menyelesaikan hutang tertunggak, bayaran sewa dan pinjaman rumah, memenuhi keperluan anak-anak, caruman insurans dan sebagainya.

Cara pembayaran itu katanya, jauh lebih baik daripada bayaran beransur-ansur sebanyak RM500 sebulan.

“Jika tak boleh buat RM10,000, boleh pertimbangkan bayaran RM3,000 atau RM5,000 sekali gus. Bakinya dibayar secara beransur setiap bulan untuk 3 atau 6 bulan lagi,” jelasnya.

Bahkan tambah beliau, bayaran one-off juga memberi impak dan peluang lebih besar kepada orang ramai untuk digunakan sebagai modal asas dalam memulakan perniagaan kecil, terutama mereka diberhentikan kerja.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan boleh mengeluarkan sehingga RM500 sebulan dari Akaun 1 selama 12 bulan berikutan tekanan ekonomi akibat pandemic Covid-19.

KWSP dalam kenyataannya berkata, kemudahan akses ke Akaun 1 ahli itu yang dikenali sebagai i-Sinar akan diumumkan secara terperinci pada 18 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here