Bekas pengurus kilang maut dilanggar treler selepas ‘mengamuk’ diberhentikan kerja

0
716
Orang awam mengawal lalu lintas di lokasi suspek dilanggar treler di Jalan Kuala Kangsar, semalam

IPOH – Seorang bekas pengurus yang tidak berpuas hati apabila diberhentikan kerja maut dilanggar sebuah treler selepas merempuh masuk ke kilang tempatnya bekerja dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, malam tadi.

Suspek yang maut ditempat kejadian, sebelum itu bertindak menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dengan menggunakan kereta kira-kira pukul 6.42 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima laporan awal daripada orang awam pada pukul 7.30 malam memaklumkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang itu.

“Suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang.

“Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, suspek yang berusia 52 tahun itu kemudiannya menaiki kereta semula dan memandu laju merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran.

Dalam pada itu, katanya, anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta.

“Selepas melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang.

“Suspek dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada pukul 7.45 malam di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu,” katanya.

A Asmadi berkata, menurut keterangan saksi suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here