Belanjawan 2021: BN tiada masalah beri sokong 100 peratus

0
150
AHMAD ZAHID HAMIDI

CYBERJAYA – Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya juga akan menyokong penuh semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan.

“Ahli-ahli Parlimen BN juga bersetuju supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, BN juga meminta Perdana Menteri menimbangkan untuk meluluskan pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tententu.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa BN hanya akan memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) memenuhi tuntutan mereka.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here