Belanjawan 2021 lulus, dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen

0
148


CYBERJAYA- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 itu dibentangkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 November lalu.

Belanjawan 2021 lulus selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Keputusan berkenaan diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada pukul 3.28 petang.

Terdahulu hari ini, Menteri Kewangan menggulung perbahasan selama kira-kira sejam dengan beberapa penambahbaikan diumumkan.

Kelulusan RUU berkenaan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here