Belanjawan 2021: Penjawat awam dapat ‘bonus’ RM600

0
818
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Penjawat awam gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 sebagai menghargai jasa mereka.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, bayaran tersebut akan dibuat pada awal tahun hadapan.

“Bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen pula akan menerima bantuan sebanyak RM300,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here