Belanjawan 2021: Petugas barisan hadapan KKM terima bayaran one off sebanyak RM500

0
291
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one off sebanyak RM500 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertungkus lumus melawan Covid-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pemberian itu dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

“Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak Covid-19.

“Sejak Mac lalu kerajaan telah memberikan Elaun Khas Covid-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya di atasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here