Belanjawan 2021: Tolong utamakan rakyat, bukan kepentingan mana-mana parti

0
142
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA) menggesa semua ahli Parlimen untuk memastikan Belanjawan 2021 dapat diluluskan demi kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya berkata, meskipun tidak bersetuju dengan semua perkara yang dicadangkan, pihaknya .
yakin ada cara untuk mengubah intipati belanjawan tanpa menggagalkannya.

“Kami pasti ahli-ahli politik juga menyedari akan hal ini agar ada kepekaan untuk mengutamakan rakyat dan negara dari kepentingan diri atau parti masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ura-ura terdapat pihak yang mahu menggagalkan Belanjawan 2021 tersebut adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta berlawanan dengan titah Agong baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan tersebut boleh menyebabkan parlimen dibubarkan dan satu pilihan raya terpaksa diadakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, sepatutnya semua pihak mengambil pengajaran daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah dan tidak mengulanginya dengan mengadakan pilihanraya umum (PRU) pula.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here