Biden tewaskan Trump

0
407
JOE BIDEN

DELAWARE – Calon Parti Demokrat, Joe Biden bakal dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46 setelah berjaya mengalahkan lawannya dari Parti Republikan, Donald Trump.

Menurut laporan AP, Biden berjaya memperoleh sebanyak 284 undi presiden berbanding Trump yang mendapat 214.

Setakat ini, kiraan undi masih berjalan di negeri Nevada dan North Carolina, manakala negeri Georgia masih melakukan kiraan semula, namun kemenangan Biden di Pennsylvania bermaksud dia sudah mempunyai undi presiden yang mencukupi untuk dilantik sebagai presiden.

“Saya amat berbesar hati dan penuh rasa rendah diri dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Amerika terhadap saya dan (bakal) Timbalan Presiden (Kamala) Harris,” kata Biden dalam satu kenyataan ringkas.

“Waktu berkempen sudah tamat, sudah sampai waktunya kita meletakkan kemarahan dan rhetorik kasar ke tepi dan bersatu sebagai sebuah negara.

“Sudah sampai masanya untuk Amerika bersatu,” kata Biden lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here