Bunuh diri: Dua remaja di Kedah berjaya diselamat bomba

0
407
Remaja lelaki rakyat Thailand yang cuba membunuh diri dengan memanjat papan tanda. Foto : Bomba

ALOR SETAR – Tindakan nekad seorang remaja Thailand memanjat papan tanda untuk terjun membunuh diri berjaya diselamat pasukan Bomba dan Penyelamat Kedah berhampiran Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.

Dalam kejadian tengah hari tadi, anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit memujuk lelaki berusia 16 tahun itu daripada meneruskan hasratnya untuk terjun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai berhubung kejadian kira-kira pukul 12.53 tengah malam.

Beliau berkata, sesi memujuk lelaki yang dipercayai mengalami tekanan perasaan itu terpaksa dilakukan dengan bantuan pasukan bomba sukarela yang bertutur dalam bahasa Thai.

“Sepasukan anggota dari Balai Jalan Raja bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 1.05 pagi.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk lelaki berkenaan untuk turun dari papan tanda berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Mohamadul Ehsan berkata, dalam kejadian lebih awal, seorang remaja perempuan berjaya dipujuk pasukan bomba daripada cubaan membunuh diri di Lorong Air Putih, di sini.

Dalam kejadian pukul 10.52 itu, remaja yang mengalami kemurungan telah memanjat pokok mangga setinggi lebih 4 meter untuk terjun.

Remaja perempuan dipujuk anggota bomba untuk turun selepas memanjat pokok mangga. Foto : Bomba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here