Caruman pekerja dikurangkan ke 9 peratus bagi 2021 – KWSP

0
525

CYBERJAYA – Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus bagi tahun 2021.

Kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini, kadar caruman baharu itu terpakai bagi bagi pekerja yang berumur di bawah 60 tahun yang wajib mencarum.

Kadar baharu ini akan berkuatkuasa bagi tempoh satu tahun dan merangkumi upah pekerja bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022).

“Ahli masih boleh memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021), yang boleh dimuat turun daripada laman web KWSP (www.kwsp.gov.my) mulai 1 Dis 2020, kata kenyataan tersebut.

Borang yang diisi kemudiannya perlu dikemukakan kepada majikan untuk didaftarkan secara dalam talian melalui i-Akaun (Majikan) mulai 14 Dis.

“Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here