Cemar air: Pihak tertentu sengaja buruk imej kerajaan negeri

0
146
Amirudin Shari

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menyifatkan masalah pencemaran air sengaja dilakukan bagi mencemar imej pentadbiran negeri itu dan berikrar tidak akan berputus asas dalam mencari penyelesaiannya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, masalah pencemaran air sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air bersih kepada jutaan penduduk itu seperti disengajakan oleh pihak tertentu.

“Misalnya kes pencemaran terbaharu yang berlaku Selasa lepas. Premis yang disyaki terlibat membuang sisa bahan kimia difahamkan baharu sahaja menyewa premis di situ sejak dua minggu.

“Saya yakin ini merupakan tindakan sengaja oleh sesetengah pihak yang mahu menjejaskan imej kerajaan negeri,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan melalui penglibatan pihak berkuasa termasuk polis.

Dalam penguatkuasaan yang dijalankan katanya, pihak berkuasa negeri telah mengheret pihak yang didapati bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Seperti contoh baru-baru ini, sebuah kilang di Kundang, Rawang milik seorang pengerusi persatuan telah didakwa kerana melakukan pencemaran.

“Jika dilakukan oleh kilang haram kita akan arahkan ia ditutup seperti kilang di Sungai Gong,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here