Covid-19: 1,009 kes hari ini

0
152
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Negara mencatat pertambahan sebanyak 1,009 kes baharu Covid-19, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 1,000 daripada kes dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 9 lagi adalah kes import.

Angka ini menjadikan keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 36,434 kes.

“Untuk makluman, Sabah mencatatkan sebanyak 564 kes iaitu 55.9 peratus daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 198 kes iaitu 79.6 peratus, dan Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatatkan sebanyak 95 kes iaitu 9.4 peratus,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

“Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan menyumbang sebanyak 857 kes, iaitu 84.9 peratus daripada keseluruhan kes positif Covid-19 hari ini,” kata beliau lagi.

Sementara itu, sebanyak 839 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 25,654 kes.

Pada waktu ini, terdapat 10,503 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 78 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, angka kematian naik kepada 277 apabila sebanyak 6 laporan diterima hari ini, dengan 5 di Sabah, dan 1 di Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here