Covid-19: 1,032 kes positif, 8 kematian

0
93
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 1,032 kes baharu positif Covid-19 sehingga pukul 12 tengahari tadi dengan 8 kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu kes kembali mencatatkan angkat empat digit menjadikan jumlah kes kumulatif positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 35,425 kes

Katanya, penularan terbaharu ini melibatkan 3 kes import dan 1,029 kes tempatan.

“Pengesanan kes baharu ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,339 kes.

“Manakala jumlah kumulatig kematian di seluruh negara kini meningkat kepada 271 kes,” katanya.

Sementara itu, kes sembuh pula direkodkan sebanyak 820 kes dengan jumlah kumulatif 24,815 kes manakala yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 82 kes dengan 27 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here