Covid-19 : 1,054 kes dengan 12 kematian

0
72
Dr. Noor Hisham Abdullah.

CYBERJAYA – Negara merekodkan 12 kematian harian tertinggi Covid-19 sehingga 12 tengah hari tadi yang merupakan jumlah kematian tertinggi akibat penularan wabak itu.

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 263 kes bersamaan 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Semua kes kematian itu direkodkan di Sabah dan salah seorang mangsa adalah seorang remaja lelaki pendatang tanpa izin berusia 14 tahun.

“Korban Covid-19 turut melibatkan seorang warga tempatan berusia 64 tahun berlatarbelakangkan penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung dirawat dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Lain-lain mangsa yang meninggal dunia dalam laporan terkini berusia antara 25 tahun dan 80 tahun. Kebanyakan mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung,” menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini merekodkan peningkatan dengan 1,054 kes menjadikan jumlah kumulatif kes 10,135 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, 1,040 kes adalah penularan dalam negara manakala 14 kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara,” katanya.

Jangkitan kes baharu Covid-19 di seluruh negara diikuti Selangor (124), Labuan (81), Negeri Sembilan (71), Pulau Pinang (35), Sarawak (21), Kedah (12), Kuala Lumpur (10), Putrajaya (tiga), Perak (dua) dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here