Covid-19: 1,114 kes baharu hari ini

0
244
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat sebanyak 1,114 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara, hari ini.

Kata KKM dalam satu kenyataan, 1,112 kes yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 2 lagi kes adalah kes import.

Angka terbaharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 46,209 kes.

Sabah merekodkan bilangan kes baharu tertinggi dengan 391 kes, diikuti Negeri Sembilan (371) dan Selangor (200).

Sementara itu, sebanyak 803 kes lagi diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan kesemuanya telah didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 33,772 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 12,131 kes yang dklasifikasikan sebagai masih aktif, dengan 103 daripadanya sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 43 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Dua laporan kematian turut diterima hari ini, menjadikan angka keseluruhan kematian di dalam negara akibat pandemik ini kepada 306.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here