Covid-19: 1,315 kes baharu hari ini

0
63

CYBERJAYA – Sebanyak 1,315 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, sebanyak 1,310 kes adalah akibat penularan tempatan.

Negeri Sabah masih melaporkan kes tertinggi dengan 476 kes, diikuti Selangor dengan 266 kes, dan Kuala Lumpur dengan 191 kes.

Angka baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 63,176 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,110 kes lagi telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 51,314.

Setakat ini, terdapat sebanyak 11,508 yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya sudah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 118 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 43 daripadanya diberi bantaun pernafasan.

Angka kematian keseluruhan turut bertambah kepada 354 apabila sebanyak 4 lagi laporan diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here