Covid-19: 834 kes baharu dilaporkan, Sabah masih tertinggi

0
173
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Jumlah pesakit yang pulih daripada Covid-19 sedikit tinggi daripada kes positif baharu hari ini, apabila sebanyak 900 kes sembuh dilaporkan, berbanding 834 kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) bagi kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 831 merupakan akibat penularan tempatan, manakala 3 lagi adalah kes import.

Sabah masih mencatatkan kes baharu yang tinggi, apabila sebanyak 503 kes dilaporkan, diikuti Selangor (129) dan Wilayah Persekutuan Labuan (105).

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 33,339 kes.

Bagi kes sembuh pula, angka ini menjadikan jumlah kes sembuh kepada 23,120 kes.

Setakat ini, terdapat 9,968 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 91 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian, bagaimana pun, menaik kepada 251 apabila 2 lagi kes kematian dilaporkan hari ini, dengan kedua-duanya melibatkan mangsa dari Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here