Covid-19: 958 kes baharu, 956 kes sembuh hari ini

0
59

CYBERJAYA – Sebanyak 958 kes positif baharu Covid-19 di laporkan di seluruh negara, hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 953 daripada kes dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 5 lagi adalah kes import.

“Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes dilaporkan di dalam negara kepada 52,638 kes,” kata Dr. Noor Hisham sebentar tadi.

Negeri Sabah melaporkan bilangan kes tertinggi dengan 512 kes, diikuti Selangor dan Negeri Sembilan dengan masing-masing 153 kes baharu.

Sementara itu, sebanyak 956 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 39,088 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 13,221 kes yang masih diklasifikasi sebagai aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dengan kesemuanya diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 42 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian turut bertambah kepada 329 hari ini, apabila 3 lagi kes kematian dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here