Covid-19: Angka kes sembuh melebihi kes harian

0
37

CYBERJAYA – Negara merekodkan kadar kes sembuh harian tertinggi hari ini apabila sebanyak 1,405 kes diklasifikasikan sebagai telah pulih.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), angka ini turut melebihi angka kes positif baharu Covid-19, apabila sebanyak 1,041 kes direkodkan di seluruh negara.

Bagi kes baharu, sebanyak 1,039 kes dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala 2 lagi adalah kes import.

Negeri Selangor melaporkan kes tertinggi hari ini dengan 402, diikuti Sabah dengan 346 kes, dan Negeri Sembilan dengan 121 kes.

Pertambahan ini menjadi kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 53,679 kes.

Dalam pada itu, kes sembuh pula secara keseluruhannya kini berjumlah 40,493 kes.

Setakat ini, terdapat 12,854 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif, dengan kesemuanya sudah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Sentara itu, angka keseluruhan kematian akibat pandemik ini meningkat kepada 332 apabila sebanyak 3 kematian baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here